This is default featured slide 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

Sunday 23 December 2012

Jambatan Sempit Barubah Wajah



MACHANG - Jambatan kayu yang sempit, tidak berpagar menghubungkan Kampung Ulu Sat ke Kelaweh, Joh, dekat  sini, berubah wajah selepas jambatan baru siap dibina sepenuhnya, Ogos lalu.

Pembinaan jambatan itu tentunya menggembirakan penduduk dan pengguna di kawasan sekitar yang berulang-alik ke Tanah Merah dan kawasan berdekatan.

Dahulu, jambatan tersebut bukan sahaja mengundang bahaya kepada penggunanya, juga  tenggelam setiap kali musim tengkujuh hingga memaksa penduduk menggunakan jalan alternatif yang lebih jauh.

Rantau Panjang Dilanda Banjir




RANTAU PANJANG – Beberapa kawasan rendah sekitar Rantau Panjang mula dinaiki air berikutan hujan berterusan  Jumaat minggu lalu walaupun paras Sungai Golok dekat sini, masih di paras normal .

Kawasan terlibat ialah laluan ke Putat Tujuh, Jeram Perdah,Lanchang, Kelawai, Terusan dan Banggol Nyior.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, (MKN) Negeri Kelantan, Rosli Mamat, berkata, air berkenaan merupakan air daripada kawasan darat yang melimpah ke kawasan rendah dan bukannya limpahan dari Sungai Golok.

Menurutnya, berikutan hujan berterusan di negeri ini, MKN bersama beberapa agensi bersiap sedia kemungkinan banjir berikutan ramalan Jabatan Meteorologi Negeri Kelantan, hujan dijangka lebat mulai malam ini (Sabtu) sehingga 24 Disember.
“Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah serta kerap dinaiki air diminta supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia menyimpan dokumen penting di tempat selamat.

“Kita juga meminta orang ramai supaya mendapatkan maklumat terkini paras air menerusi media seperti televisyen dan radio bagi memudahkan mereka berpindah jika perlu berbuat demikian,” katanya 
sumber: Sinarharian.com

Wednesday 19 December 2012

Tembakan tembus kepala




KOTA BHARU - Seorang warga Bangladesh maut selepas ditembak dua das tembakan, dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam di Lorong Tok Gading, Jalan Bayam di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian itu mangsa, Md Shah Jalan dipercayai menunggang motosikal jenis Honda Wave, berseorangan keluar dari rumahnya di kawasan berdekatan menuju ke kedai makan.

Tembakan itu mengenai bahagian kanan belakang kepala mangsa dan tembus sehingga ke atas kening sebelah kirinya. Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian dua saksi terdengar dua das tembakan dilepaskan.

Beliau berkata, saksi terbabit juga turut melihat sebuah motosikal jenis Honda EX 5 warna merah yang tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya bersama suspek di atas motosikal itu.

“Selepas pemeriksaan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis, mendapati kecederaan mangsa amat serius dan setakat ini kita masih menyiasat motif dan punca kejadian terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) semalam.

Sementara itu, sepasang suami isteri ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozita Md Saad bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mazlan berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun bersama pasangannya, warga Thailand yang berusia 30 tahun itu ditahan di rumah mereka jam 1.30 pagi, semalam.

“Ketika serbuan anggota, kedua-duanya berada di rumah di Padang Garong, di sini dan dengan ketangkasan yang ada, pihak kami berjaya menahan mereka.

“Pun begitu, motif kejadian masih dalam siasatan dan kedua-duanya akan ditahan sehingga 24 Disember depan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan membunuh dengan niat.

TRW cukup mantap untuk kekalkan gelaran juara Treble





PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) yakin The Red Warriors akan mempertahankan tiga gelaran yang dimenangi musim ini memandangkan ia kekal kuat dan mantap dalam semua aspek bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia 2013.
Penolong Bendaharinya, Nasir Hamzah berkata, walaupun ada beberapa pemain bertindak meninggalkan The Red Warriors, tetapi ia tidak mencacatkan kekuatan dan persiapan menghadapi persaingan musim depan.
"Ya, ada beberapa pemain keluar, tetapi kami juga mengambil beberapa pemain lain termasuk dari luar negara.
"Mereka akan mengimbangi kekurangan yang wujud, saya yakin akan menguatkan lagi kekuatan pasukan Kelantan... jadi, kami masih kuat, dan saya yakin tiga kejuaraan ini akan dipertahankan," kata beliau

Tuesday 18 December 2012

Dinasihat berhenti menagih



KOTA BHARU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah memberikan kepada dirinya sendiri dadah berbahaya jenis metamphetamine, September lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly terhadap Wan Muhamad Hilmi Wan Rais, 19, dari Taman Tanjong Chat di sini.

Dia didakwa memberikan kepada dirinya sendiri dadah berkenaan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis daerah Kota Bharu di sini, pada jam 1 pagi, 5 September lalu.

Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Wan Muhamad Hilmi dihukum kali kedua selepas didenda RM3,000 kerana kesalahan sama sebelum ini.

Pada prosiding semalam, Mohd Fazaly Ali sempat menasihati tertuduh supaya menginsafi kesalahannya itu.

“Saya juga ingin memberi peringatan, mengikut undang-undang, selepas tiga kali kesalahan sama, kamu boleh dikenakan hukuman minimum dua tahun penjara dan sebatan,” katanya.

Tertuduh yang keluar dari mahkamah selepas itu dilihat terlentok dibahu ibunya sebelum mengesat air mata.

Cipta kelainan guna nyiru nasi



RANTAU PANJANG - Makan nasi dalam pinggan atau daun pisang pernah dilihat, tetapi jarang mendengar makan nasi beralaskan nyiru.
Bagaimanapun ini kelainan dilakukan pemilik sebuah kedai makan ketika majlis pembukaannya baru-baru ini.

Noradilah Ismail, 25, memilih mencipta kelainan pada majlis itu apabila menyediakan nyiru untuk dijadikan alas nasi dimakan tetamunya.
Menurutnya, ramai generasi hari ini tidak mengenali nyiru yang seterusnya mencetuskan idea menempahnya dari pembuat di Tumpat.
“Saya cuba mencipta kelainan pada majlis pembukaan kedai di samping mengetengahkan nyiru kepada anggota masyarakat kerana ramai tidak mengenalinya.

“100 nyiru ditempah dan digunakan secara bergilir-gilir 250 jemputan,” katanya.

Noradilah berkata, kelainan dicipta pada pembukaan kedai makan miliknya mendapat perhatian penduduk memandangkan mereka tidak pernah makan beralaskan nyiru.

Menurutnya, ini secara tidak langsung dapat mengetengahkan nyiru kepada golongan muda yang sebahagian besarnya tidak mengenalinya.

Hilang Pendapatan Rumah di Hempap Pokok



KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal hilang mata pencarian selepas dapur yang menempatkan peralatan membuat kuihnya musnah dihempap sebatang pokok besar jati yang uzur di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini petang semalam.

Bagaimanapun, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu ketika mangsa Nahatul Shima Seman, 43, tiada di rumah dan keluar untuk membeli barang untuk membuat kuih di kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, kejadian tersebut diketahuinya selepas mendapat panggilan daripada anak keempatnya, Nur Izzatul Farisya Zaidi, 11 yang memaklumkan rumah mereka dihempap pokok.

“Terkejut dengan perkhabaran itu saya terus bergegas pulang untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku. Sampai di rumah dia dapati seluruh dapur rumahnya telah musnah.

“Walaupun dapur rumah saya musnah, namun saya tetap bersyukur kerana semua anak-anak saya selamat kerana semasa kejadian, mereka semua berada di rumah ibu saya yang terletak berhampiran,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Nahatul Shima berkata, dia tinggal di rumah berkenaan bersama lapan orang anak yang berumur di antara tiga hingga 22 tahun.

“Selepas berpisah dengan suami yang juga merupakan seorang penagih saya dan anak-anak tinggal di rumah berkenaan dengan hanya membayar sewa tapak sebanyak RM300 setahun.

“Dengan hanya membekalkan semangat dia terus kuat untuk membesarkan anak-anak yang kebanyakannya masih kecil berseorangan diri,” ujarnya.

Katanya, sebelum ini dia tidak pernah mendapat sebarang bantuan namun, berharap kali ini akan ada pihak untuk tampil menghulurkan bantuan terutamanya bantuan membaiki sebahagian rumahnya.