Sunday, 23 December 2012

Rantau Panjang Dilanda Banjir




RANTAU PANJANG – Beberapa kawasan rendah sekitar Rantau Panjang mula dinaiki air berikutan hujan berterusan  Jumaat minggu lalu walaupun paras Sungai Golok dekat sini, masih di paras normal .

Kawasan terlibat ialah laluan ke Putat Tujuh, Jeram Perdah,Lanchang, Kelawai, Terusan dan Banggol Nyior.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, (MKN) Negeri Kelantan, Rosli Mamat, berkata, air berkenaan merupakan air daripada kawasan darat yang melimpah ke kawasan rendah dan bukannya limpahan dari Sungai Golok.

Menurutnya, berikutan hujan berterusan di negeri ini, MKN bersama beberapa agensi bersiap sedia kemungkinan banjir berikutan ramalan Jabatan Meteorologi Negeri Kelantan, hujan dijangka lebat mulai malam ini (Sabtu) sehingga 24 Disember.
“Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah serta kerap dinaiki air diminta supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia menyimpan dokumen penting di tempat selamat.

“Kita juga meminta orang ramai supaya mendapatkan maklumat terkini paras air menerusi media seperti televisyen dan radio bagi memudahkan mereka berpindah jika perlu berbuat demikian,” katanya 
sumber: Sinarharian.com

0 comments:

Post a Comment